Ciri-Ciri Takaful


Sistem Islam
  • Golongan ramai yang bernasib baik membantu golongan yang tidak bernasib baik (konsep yang diiktiraf Islam)
Sumbangan At-Tabarru'at

  • Setiap peserta yg ingin mendapatkan perlindungan Takaful mestilah ikhlas ketika menyumbang bagi membantu sesama para peserta yg lain bila mereka menghadapi musibah.
Pelaburan Halal

  • Diluluskan oleh Majlis Pengawasan Syariah
Ada Majlis Pengawasan Syariah

  • Penubuhan Majlis Pengawasan Syariah bertujuan menasihati pengendali Takaful untuk memastikan tidak terlibat dalam apa-apa unsur yang tidak diluluskan

Tiada Unsur Riba

  • Apabila peserta mengeluarkan akaun pesertanya tiada bunga dikenakan
Tiada Unsur Judi

  • Apabila peserta menyertai Takaful beliau menyumbang ke akaun pesertanya pada masa yang sama berkongsi risiko bersama peserta-peserta lain. Bayaran pampasan yg diterima oleh peserta yg ditimpa musibah adalah bantuan ikhlas dari peserta-peserta yg lain.
Jelas

  • Aliran sumbangan wang peserta dan dari mana datangnya wang pampasan iaitu derma ikhlas dari peserta.
Perkongsian Untung (Al-Mudharabah)

  • Keuntungan dibahagi mengikut nisbah yg telah ditetapkan dahulu diantara peserta dan pengendali takaful.